بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Qur'an cover



Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi saya di Facebook : ZMss Zul
berpindah~

http://d-selected.blogspot.com/

Post102: Iman.



"hebatlah, dia anak imam kot!"

Takkan kau nak femes atas sebab, kau anak imam, kau keturunan ulama', kau cucu ustaz.
Yang dilihat itu, dalam hati kau, bukan hati ayah, atau mak atau kerunan kau sekali pun.
Mana Allah di hati kau, mana sunnah Rasullulah di dalam hidup kau, mana al quran di mulut kau, mana zikir di lidah kau.

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai
~iman mutiara by Raihan

 kemudian di sambung,

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

di ulang,
Jika tidak kembali pada Allah..
Tidak perlu berbangga, kau anak imam, kau isteri ulama', atau kau keturunan Rasulullah sekalipun, kalau iman mereka kau tak warisi sendiri.
Iman bukan keturunan, bukan pada keturunan.
Hebatnya kau, takda pun pada keturunan.
Cari sendiri dalam diri, baru boleh diiktiraf kau memang hebat.

"orang yang asalnya bukan beragama islam itu, memasuki islam, kebiasaanya mereka lebih hebat dari segi agama, dari segi kehidupan mereka, mereka lebih baik dan lebih cemerlang dari orang yyang berketurunankan islam sejak azali, kerana apa? Kerana mereka mendapat islam dari kesusah payahan mereka dalam mengkajinya. Mereka memburu iman itu dengan gigih, kerana itu, mereka tidak akan mensia-siakan usaha mereka. Tak salah untuk dikatakan, mereka lebih memahami islam lebih dari kita sendiri!".

oh, sungguh, hidayah itu milik Allah.

note: Sedang berusaha mencari iman di dalam diri. Time to change. Gencar!


Post101: Antara peniaga MLM dan Pendakwah Tegar.




Ini dia cerita dua peribadi di sebuah lapangan. Lapangan apa? Mungkin lapangan (dataran) merdeka, atau lapangan kapal terbang, atau lapangan dakwah? hee

Peribadi Seorang Peniaga MLM:
apabila melihat ramainya manusia di lapangan, dia akan berkata:
"Ha, lihat tu, manusia yang ramai, duit-duit dalam poket tu semua aku yang punya!"

sebaliknya...


Peribadi Seorang Pendakwah yang bercita-cita tinggi melangit:
apabila melihat ramainya manusia di lapangan, dia akan berkata:
"Ha, tengok tu, ramainya manusia, hati-hati di dalam dada itu aku yang punya!"

Dua manusia, mungkin mempunyai cara yang sama, tapi tujuan berbeza.
Satu, seorang peniaga MLM, melihat manusia dengan mata duit berazam untuk mengorek segala harta karun di dalam dompet mahupun poket! Jangan salahkan mereka, kerana mereka telah diajar begitu.
Dua, seorang pendakwah tegar, melihat manusia dengan mata hati dan berazam akan membawa semua hati untuk kembali mengenal Allah bagi menebarkan amar makruf nahi mungkar di bumi! Jangan marah mereka, kerana mereka telah di tarbiyah begitu.

Satu dunia, satu akhirat.

Berhati-hatilah, antara peniaga MLM dan pendakwah. Mungkin anda boleh terjerumus ke dalam aliran indahnya dunia, dan mungkin anda bakal terjerumus ke dalam lautan rindunya akhirat!

WASPADA~


mengaut keuntungan dunia, atau mengaut keuntungan akhirat, atau goalkan kedua-duanya sekali.
Pilih cepat, pilih cepat!~


nota: Hadaf untuk post ni apa? WallahuaTa'ala'Alam. Sila koreksinya sendiri. ^___^

sekian.



Post 100: Apakah?






Peluh memercik. Otak berpusing-pusing. Geleng kepala ke kiri kemudian ke kanan. Istighfar dua tiga kali. Syahadah. Celarunya.  Haru.

Umat islam kita hari ini sudah semakin parah!

Teringat iklan di tv, pakcik tua comel tersenyum nampak gigi 4 5 batang, kemudian keluarlah lagu, "budi bahasa budaya kita~"

Oh, rupanya kempen budi bahasa oleh kerajaan tak begitu dapat sambutan ye?

"apa benda kau merapu merepek meraban cakap pasal kempen  budi bahasa ni?!"

ececeh..buat-buat tak tau boleh..

Negara Malaysia baru melepasi satu keadaan yang agak kritikal, menghadapi bersih kan? Takdala sekritikal mesir, atau mungkin di satu hari yang bahagia akan menghadapinya juga?

Lepas buka fb pagi tadi, lihat gambar-gambar, wallpost, page-page, mencaci memaki menghamun macam takda agama ja!

di tambah pula terbuka page perdebatan antara syiah dan sunni.

Kat sini mencaci, kat sana memaki, kat sini menghamun, kat sana nak apa pula? Penyepak pelempang? oh~

Duh, rasa sesak betul dada ni.

Kalau bukan kaum kerabat (islam) sendiri yang gunakan perkataan kesat kasar itu tak mengapa, tapi bila di lihat-lihat, memang kaum kerabat haku kot~

dunia islam kita hari ini memang dah terbiasa ke dengan kalimah tutur kata mencaci memaki hamun ni?

aduh, parah-parah.

kalau umat islam sendiri hancur menghancurkan, macam mana dengan islam? tak ranap sekali namanya? jangan sampai di tangan umat islam sendiri islam jatuh.

erkh~  siapa nak tekel dunia dengan keindahan islam bling bling gitu kalau bukan umat islam?

Patutlah dolu dolu pernah dengar seorang mualaf yang suci tu kata, "saya tertarik kepada islam bukan setelah mengenali umatnya, tetapi setelah saya kenal islam nan indah itu sendiri".

Stylenya qudwah Rasulullah dan teman-teman sepermainan dakwah baginda tidak sestyle kita. Ouh, puak-puak itu benar-benar tak tertandingi.

Wahai duta-duta islam, ke mana pakaian bling bling kalian telah di campakkan?

“Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.” (Hadits riwayat Tirmizi, dari Ibnu Mas'ud)

Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Huh, Dia bagi satu nikmat, nikmat mahal kut. Siakan macam tu je?

Maka Nikmat Rabb kamu yang manakah yang akan kau dustakan lagi? (QS.Ar-Rahman)

istighfar, astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.

Moga Allah menjauhkan dari perkataan keji.

muhasabah aku dan kamu. Noktah.


Post99: istikharah dia jodoh aku.

wuiii~ besaqnya gambaq~ oh, kalau bicara soal jodoh, saya paling suka quote ini. (^_^,)



Nampak tu pa dia yang tertulis di tajuk post ni?
alahai, tu, kat atas tu. haa..tahu tu pa dia? haa.. tu dia la istikharah cinta kita! kui3.

lately, ramai bebenor ye gunakan perkataan istikharah nak tekel bebudak perempuan kampung yang naif bertambah lagi lurus macam saya ya? pernah dengar tak quote ni?

"awak, saya dah buat istikharah banyak kali dah, tiap kali saya istikharah yang saya nampak awak lah"

fuih~ terkedu lah. First time dengar la kut buat terkedu. Bukan apa, sebab waktu tu baru je first-first studi belajar bab solat istikharah di sekolah kan? dan dan..baru tahu apa gunanya solat istikharah..dan dan yang paling sensitip sekali, ada orang istikharah nampak kita kut?? Tak rasa ke seolah-olah, "ohh, dialah jodoh aku yang Allah dah turunkan dari langit". haha. kut la tu perasaan first time.

Then then..sampai sekarang dengar masih lagi orang minta kita terima sebab istikharah. Siap paksa-paksa lagi tuh. Tapi tak jadi-jadi juga. Lepas tu, datang lak orang lain guna quote yang sama.eh, benda ni penah jadi kut dalam hidup sendiri, ada la dalam 115 kali, haha..Cari pasal. takkan lah nak letak angka, kang ada je tesedak menanggung malu. hehe. Sori! Saya gurau je. Selalu je jadi kat orang sekeliling. Disebabkan tu, terasa lali je bila dengar perkataan ni, sebab this the common thing dalam era ni, kan?

Yang tak tahannya, macam saya cakap tadi, manusia tu buat quote tu, dekat bebudak kampung, naif lagi lurus bendul, dan mungkin tak cukup agama, dan dan mudah cair. oh ye, macam saya. Sebab apa? sebab kompem-kompem la perempuan tu rasa bersalah, teringat berhari hari, tak tidur malam, makan tak kenyang, selalu termenung, lastly, "ok, saya terima". Lagi-lagi bertambah si lelaki nampak gaya alim, eh silap, wara' cukup agama datang dari tanah arab hafal 30 juzuk. woih~ untunglaa.
Saya tau, ni mesti korang dapat penangan lepas dengar lagu istikharah cinta kan? Di tambah pula baca novel dia. terasa syahdu gitu, Plus plus tengok movie dia pula, ye? *eh, ada ke movie istikharah cinta? tak tahu la. yang pasti semua dah ada. Baik istikharah cinta, syurga cinta, syahadah cinta, sajadah cinta, tasbih cinta. Yang takda lagi, serban cinta, tudung labuh cinta dan yang perlu ditambah adalah khutbah cinta! Khatib yang boleh buat khutbah cinta memang paling style la. Tak payah guna skrip skrip berjela-jela ntah tak tau apa yang khatib bagi. Nak nak kalau ustaz azhar Idrus yang bagi. *mentang mentang dia tengah hangat di pasaran#

Bila terdengar je perkataan ni, terasa nampak muka sang pengeluar perkataan ni berseri-seri je. Dalam bahasa lembut, terasa nak campak dalam laut. Dalam bahasa kasarnya, terasa nak cili-cili cabai-cabai belacan-belacan je mulut tu. Ke dua-dua kasar?

eh eh, sebelum tu, dah panjang panjang post ni, terlupa lak nak kata. Saya tulis ni bukan nak mencaci maki benda sunnah ni. Tapi saya cuma nak kata, "tak baik awak permainkan sunnah".

Ada pernah terjadi kan kan, ada kakak tu tanya saya, "dik, akak nak tanya pandangan adik. Ada sorang laki ni, dia kata dia istikharah nampak akak. Akak istikharah nampak orang lain, macam mana ye?" waktu tu dah la blur blur tak cukup ilmu nak jawab. Dengan bersandarkan peringatan dari Nabi, lebih baik diam. Lalu kata, "saya tak tahu la. Ce tanya yang lebih pakar". See? Nampak tak betapa kebingungannya kakak tu  sampai istikharah sendiri pun dia tak percaya.

Bagi saya, istikharah tu tak patut la di canang-canang, sampai orang pun keliru. Dan dan..jangan la dipaksa-paksa sebab istikharah kita. Pasti ada sebab kenapa orang tak boleh terima. dan yang pasti, yakin la Allah dah tentukan jodoh kita. Kalau tak jumpa di sini, nun di akhirat menanti.

*wah, berjela-jela#
eh, ni pe benda post panjang-panjang macam takda hadaf je ha? Dah la lama tak update, tetiba tulis panjang panjang semata-mata nak tulis pasal istikharah? Duhai, itu dia parahnya tak tulis berhari-hari.. sekali tulis, ha nak kau, bebelan demi bebelan yang agak menghangitkan telinga. eh, menghangitkan mata bila membacanya. Sori ye. Bukan takda benda lain nak tulis, ada je..tapi banyak tulisan yang tergantung disimpan kemas di dalam perut Mrs blog.

Saya bukan pandai sangat bab-bab fiqh hukum hakam istikharah, better nak lebih terang, ce bukak blog langitilahi.com ke, saifulislam.com ke, cari bab istikharah ni, ada je.
nak lagi, boleh tambah buku istikharah cinta by ummu anas. Tak pernah baca pun lagi, tapi satu ketika dulu (baru baru ni), fb saya banjir dengan buku ni. So, cubalah dapatkan iya.

Oh ya, sebagai peringatan,istikharah ni bukanlah hanya dilakukan bila nak cari jodoh. Ia LAYAK dilakukan bila-bila masa, kalau boleh setiap hari. Biar setiap langkah kita dipandu oleh Dia. Tak seperti seorang rakan yang pernah kata kat saya apabila saya tanya, "dah istikharah belum nak pilih u mana?" katanya, "ana nak simpan istikharah tu sampai tibanya waktu 'tu'". No, ia bukan begitu. Sepertimana Saidatina Fatimah (saidatina Fatimah ke sapa ntah) yang pernah saya dengar tentang kisahnya dulu, sentiasa melakukan istikharah untuk keteguhan hatinya.

OK, dengan menginsafi diri (=.=") saya memohon berbilion kemaafan kalau-kalau tulisan saya ni, dan tulisan tulisan yang sebelum ni, ada yang menambah berat mizan di belah kiri. Saya manusia, penuh khilaf, dan sedang bermujahadah.  Moga Allah ampunkan. dan pastinya setiap tulisan yang tersurat dan tersirat akan Allah uji. Moga sentiasa diberi kekuatan. Jika ada tersalah, mohon betulkan.

sekian.


Post98 : Mati.




Hari itu. Di meja makan, di restoran.

Ummi mengerutkan dahinya. Kemudian ummi kata "kita kena tingkatkan nilaian cinta kepada Allah. Nilaian DIA sahaja".  Ummi berhenti.

Ummi tak makan. Sambil aku dan abah menyuapkan makanan ke dalam mulut, antara dengar dan tidak, ummi meletakkan tangan di atas meja, menyambung, "apa yang kita ada di dunia? kenapa kita takut mati? Kita kena siapkan juga diri untuk mati. Nak tak nak, kita kena hadapi juga. Kita takut mati sebab kita tak bersedia kan?" Ummi berhenti lagi.

Kemudian ummi menyambung lagi, "persiapkanlah supaya kita tak rasa takut nak mati, supaya kita rindu untuk mati. Mati kan nak bertemu Allah? Siapkan kematian dengan tingkatkan nilaian cinta Allah".

Perjalanan pulang, masih terngiang-ngiang suara ummi yang secara kebetulan asyik termasuk-masuk dalam telinga dan terus di tafsirkan si otak. Menulis kembali ke dalam buku yang sentiasa di sisi. Agar peringatan itu akan terus-terusan diingatkan. Agar apa yang masuk di dalam hati hari ini, sentiasa segar, dan pada hari ini pula, menulis pula ke dalam blog, agar catatan itu tidak hilang, agar catatan itu lebih segar dan terkesan.

Berani hidup, mesti berani mati. Kita datang sini untuk di uji, tiba masanya kita kembali. - kata seorang penulis idola.


Hari itu aku diingatkan, dengan perkara yang paling di takuti.  Dan aku di ingatkan oleh orang yang paling aku sayangi.
Kenapa ummi yang bercakap tentang mati? Sebab Allah tahu apa yang berada di dalam hati kamu. Allah yang memberitahu itu, dan ummi hanya menyampaikan.


Kematian - bermakna meninggalkan. meninggalkan kesayangan. Orang yang di sayang, perkara yang di sayang dan kehidupan yang TERsayang.



Kita akan terlupa jalan yang jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh menentang di hadapan. - sambung penulis.

Kita mahukan ketenangan, tapi kita tak jumpa ketenangan tu kan? Ketenangan tu akan kita dapat bila kita bersedia untuk mati. Kerana bila kita bersedia, kita takkan gelisah dengan dosa kita, kita tak gelisah untuk tinggalkan kesayangan kita, kerana kita akan berjumpa dengan apa yang kita rindui. Bila dah bersedia, kita akan yakin untuk berjumpa dengan MEREKA, dan mendapat apa yang kita hajati - syurga itu.

Apa yang kita dah siapkan untuk hadapi mati?

Allah~ muhasabahku malam ini, moga menjadi muhasabah kalian juga. Perasaan berdebar ini moga sentiasa ada agar aku terus bersiap menghadapi kematian. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa.
Hanya itu di harapkan, untuk hari ini.

Tenangkan hati untuk mati.

Sekian.


Post 97 : Medan lengkap melengkapi.




Si zaujah : (sambil menghidangkan makanan) Awak, silalah rasa masakan saya, terlebih atau terkurang bagitau la ye.
Si zauj : awak, 10 muwasofat lah.. saya redha dengan apa yang awak masak.
Si zaujah : wah, sangat best, untunglaa dapat suami yang tak banyak songeh ni!
Si zauj : (tersenyum)  Walaupun awak dapat suami yang tak banyak songeh, tapi kena rasai la juga ye, tanggungjawab istri untuk sentiasa beri yang terbaik.
Si zaujah : 10 muwasofat juga tu!
Si zauj : pandai!

tolong - menolong
kuat - menguat
terima - menerima
diberi - memberi
terisi - mengisi
baik - membaiki

itu dia, medan lengkap melengkapi!

Kata ustaz Pahrol Juoi di dalam bukunya 'DI mana DIA di hatiku', Persahabatan dan perkahwinan itu perkara yang sama.

Persahabatan dan perkahwinan tu kan medan lengkap melengkapai. eh?
ada yang tertinggal. Halaqah, usrah, bulatan gumbira, oasis, aurasikhun tu pun medan lengkap melengkapi kan?
ada lagi yang tertinggal?

err.. tak kira lah, apa pun yang menggabungkan 1+1, 2+1, 3+1 dan seterus-seterusnya, yang mengubah satu kuasa kepada sinergi yang amat teramatlah besar, di situlah terdapatnya medan lengkap melengkapi.

Seperti tangan kanan dan kiri yang kotor berdebu, apabila di geserkan kedua-duanya, maka debu tersebut akan hilang.
seperti seekor semut yang kecil, membawa sebutir nasi yang kecil, akan laju je bila dibawa bersama teman-temannya yang lain.

itu dia kuasa seinergi.
itu dia kuasa lengkap melengkapi.

bagaiamana agaknya mahu mengaplikasikan medan lengkap melengkapi ini?

pandanglah mereka-mereka dengan pandangan kasih sayang. Sayang yang mahu anda berteman di syurga!

err..err... saya tak reti... belajar la!

jum, belajar, lepas tu praktis. kalau tak jadi, praktis lagi. kalau tak jadi lagi, praktis lagi. praktis make perfect kan kan?


note : ntah kenapa sejak akhir akhir ni, bila buka buku, bila buka tv, bila buka radio, bila buka mp3, semuanya menghidangkan kisah sahabat/teman/rakan? 

'sesungguhnya Allah mengetahui apa yang  terkandung di dalam hati kamu' - Quran.

minta maaflah kepada pembaca-pembaca sekalian, terima sajalah apa yang saya hidangkan. Apa yang terhidang kepada saya, maka hidangan itulah yang akan saya beri kepada anda.

sekian.




Post 96 :Kencangkan kembali ukhuwah kita.



A--awak, agaknya apa penyakit saya ye. Hari ni saya rasa menyampah dengan perkataan    ukhuwah fillah eela jannah, ana uhibbuki fillah abadan abada,sebab terasa perkataan tu hanya perkataan indah semata-mata tanpa pembuktian yang kukuh.
B--Erm, masalah iman. ukhuwah tu saudara kandung kepada iman. Bila iman di jaga, kita akan sentiasa memberi, walaupun disiakan. Kerana pemberian kita hanya untuk mengharapkan syurga, pahala dan redha Allah. Kayu ukur kepada iman pula? mutabaah amal..samada kita yang tak jaga mutabaah amal atau orang yang ucapkan perkataan tu tak jaga mutabaah amal. Pokonya, lihat diri dulu lah!  *senyum dengan mata yang sepet*


Ukhuwah tu buah iman, jika iman kita sedang jatuh, maka hambarlah ukhuwah kita, jika iman kita meningkat, maka semakin indahlah ukhuwah kita.

Dear sis,
Perkataan ukhuwah fillah till jannah itu perlu dihembuskan dengan penuh keikhlasan.
bila kata ukhuwah fillah till jannah, highlightkan  kasih sayang 
bila kata uhibbuki fillah lillah, maka perbesarkanlah huruf MEMBERI.

kasih sayang yang kau highlightkan tu, perlu kau tahu untuk membawanya bersama ke syurga, jangan masuk syurga sorang-sorang.
huruf MEMBERI yang kau perbesarkan, jangan kau kecilkan skopnya. Memberilah dengan apa jua yang kau ada. Dari segi masa, tenaga, harta. Munafiun lighairih, memberi manfaat kepada orang lain.

bak kata pakcik Hasan Al Banna (HAB) ukhuwah itu cinta dan kasih, dan paling minima cinta dan kasih itu adalah berlapang dada dan maksimanya adalah itsar (mementigkan sahabat lebih dari diri sendiri).

bagaimana  kita mahu mengambil puncak ukhuwah sedangkan selemah-lemah ukhuwah (berlapang dada)
belum sebati dalam diri kita?

Itulah dia pembuktian cinta yang sebenar-benarnya. Mengambil prinsip seseorang, 'sayang itu bukan dari perkataan, tetapi dari perbuatan. Jadi, tidakkan aku mengata sayang jika tidak mendahulinya dengan perbuatan'.

Jangan berharap mendapat sahabat sekencang Umar Al-Khatab k.w.  jika tidak seikhlas Abu Bakr r.a.

Syeikh abu bakr dari palestine dalam ucapannya baru baru ini menganalogikan ukhuwah yang sangat memberi kesan pada hati kecilku,
ukhuwah kita biarlah seperti burung-burung yang terbang dalam formasi 'V'.Saat setiap burung mengepakkan sayapnya, hal itu memberikan “daya dukung” bagi burung yang terbang tepat di belakangnya. Ini terjadi kerana burung yang terbang di belakang tidak perlu bersusah-payah untuk menembus ‘dinding udara’ di depannya. Dengan terbang dalam formasi “V”, seluruh kawanan dapat menempuh jarak terbang 71% lebih jauh daripada kalau setiap burung terbang sendirian.


note: buat sis-sis yang muncul dalam hidupku dari dulu, kini dan akan datang,
aku mohon maaf kerana tidak dapat mengkencangkan ukhuwah kita, mungkin kerana imanku sering kali jatuh dan sangat sukar untuk naik, jadi aku mohon doanya agar imanku tertingkat terus agar ukhuwah kita tidak lagi hambar, dengan itu pergerakan kita akan terus melaju.

Aku sangat sukakan puisi Salim A.Fillah dari bukunya Dalam Dekapan Ukhuwah, Ku baca firman persaudaraan:

aku makin tahu,
persaudaraan tak perlu dirisaukan karena saat ikatan melemah,
saat keakraban kita merapuh
saat salam terasa menyakitkan,
saat kebersamaan serasa siksaan
saat pemberian bagai bara api,
saat kebaikan justru melukai
aku tahu,
yang rombeng bukan ukhuwah kita
hanya iman-iman kita yang sedang sakit,
atau mengerdil mungkin dua-duanya,
mungkin kau saja tentu terlebih sering,
imanku lah yang compang-camping.
kubaca firman persaudaraan
Akhi sayang dan aku makin tahu,
mengapa di kala lain diancamkan;
“para kekasih pada hari itu, sebagian menjadi musuh sebagian yang lain… kecuali orang-orang yang bertaqwa”

Aku mahu kita sama-sama menjahit kembali ukhuwah kita, dengan menjahit kembali iman kita. Kerana ukhuwah yang terjadi dengan rasa kasih dan cinta itu sajalah yang memberi nafas kepada kita untuk terus hidup. Kerana itu, Allah, Rasulullah, salafussoleh sangat menekankan dan mewasiatkan tentang pembinaan ukhuwah.
memang sukar dan berat sekali wasiat itu, tetapi dengan wasiat itulah yang membawa kita bersama-sama berteman di syurga.

“Sesungguhnya lubang jarum takkan terlalu sempit bagi dua orang yang saling mencintai, adapun bumi takkan cukup luas bagi dua orang yang saling membenci.” -Al-Khalil Ibn Ahmad-dalam dekapan ukhuwah.

sekian.


Post95: Dunia.



Tahu tak?

Dunia itu bermacam-macam bau-bauan. Ada wangi, ada busuk, ada masam, ada pahit.
Syurga pula hanya ada satu bau, bau wangi, yakni harum kasturi.

begitu juga kisah orang tidak beriman dan orang beriman,

hati orang yang tak beriman, ada pelbagai macam bau-bauan dan warna.
hati orang beriman, ada satu bau, bau wangi, dan satu warna, warna keindahan.

note : saja mahu membawa diri saya, dan diri anda, agar mencintai akhirat lebih dari dunia yang busuk, dan lebih memacu untuk menjadi orang beriman yang wangi dan indah.

Dunia itu alat, akhirat itu matlamat.

sekian.

Post94 : Khilaf?




A : Kenapa awak tak pakai purdah?
B : Tak minat
A : Awak tahu tak, wajah perempuan yang boleh mendatangkan FITNAH WAJIB ditutup?
B: ok. Rasulullah kata, aurat perempuan semua, kecuali wajah dan tapak tangan. Allah pula dah kata tundukkan pandangan dalam surah An-Nur. Betulkah salah kita apabila kita sudah berusaha menjaga aurat dan batas-batas sebagai seorang perempuan dan di judge membawa fitnah kerana tidak berpurdah?

*p/s: jangan tanya lagi benda yang sama pada saya.

Purdah itu suatu khilaf. Khilaf mu'tabar.

Ustaz Don pernah kata dalam slotnya di TV Hijrah:
Khilaf ini adalah pandangan-pandangan yang berbeza di kalangan ulama'. Mana-mana kita nak ikut boleh. Kalau dah kita mengikut satu pandangan, jangan kita mewajibkan orang lain ikut apa yang kita ikut. Kalau dah khilaf, kita tak perlu persoalkan, sedangkan ulama' sendiri tidak memutuskan.

Tinggalkan perkara furu'/khilaf. Imam Hasan Al Banna sendiri di dalam kitabnya Fiqh Dakwah, amat-amat ingin menjauhkan ahlinya daripada  perdebatan yang tidak ada hasilnya.

Analoginya, kadang-kadang, kita ni sibuk sangat dengan perkara furu' (bercabang), sampai meninggalkan perkara yang wajib.
Daripada kita sibuk dengan perkara yang furu', lebih baik sibukkan dalam pembinaan diri, agar kita boleh membina orang lain, sehingga perkara furu' ini tak menjadi satu masalah lagi.

Sekian.


Post 93: Cinderella macam aku.


Bukan aku macam cinderella, tapi cinderella macam aku. ^_~

"kakak tak terasa nak pakai macam budak-budak zaman sekarang?" -- makcik
"tak" tersenyum.

hati- kadang tu, ada la juga terasa,
tapi 'rasa' itu tidak kuat menebal,
sudah terbiasa mungkin,
aku bukannya seperti malaikat yang tunduk dan patuh terus,
tidakkan bertanya macam-macam,
kenapa perlu ini, kenapa perlu itu.
adakalanya, hati kuat juga memberontak,
tapi aku dah tahu,
aku hamba,
aku tidak ada apa-apa,
aku dah pilih yang ini,
aku mahu terus di jalan ini,
maka aku akan terus melakukan yang ini,
agar pengakhiran aku juga yang ini.

bagiku, pakaian yang sudah tersarung padaku kini,
mungkin lebih molek dipandang mata, alhamdulillah.
ya, aku tau, pasti ada je yang kata,
'Allah tak kira, selabuh mana pakaian yang kamu pakai'
'jangan ingat semua yang bertudung litup tu baik-baik orangnya, kadang mereka lebih teruk dari orang biasa',
maaf, aku tak peduli,
kerana aku dah tahu,
Dia takkan meletakkan sesuatu yang sia-sia untuk hambaNya,
lagi pula,
manusia yang baik itu, akan baik seluruhnya,

aku tunjukkan kesimpulan yang aku sudah nampak:

'manusia yang mempunyai hati yang baik,
pasti akan mengeluarkan perkara yang baik dari dirinya,
bicara yang sedap didengari telinga,
amalan yang menyentuh hati manusia dan sekaligus memegang erat cinta Pencipta,
dan pada akhirnya, pakaian yang di pakai akan menjadi sempurna'
semuanya terletak dari dalam,
baik didalam,
maka baiklah zahirnya.

Kenapa perlu tangguh-tangguh sesuatu yang baik?

ini aku ada terbaca satu kata:
A: bila nak bertudung?
B: Tunggu seru.

monolog aku: Kalau Allah seru dulu macam mana?

biarlah orang kata : Harap je pakaian labuh mencecah lantai, akhlak tak semegah mana.
aku tetap aku : asalkan aku mujahadah, itu sudah cukup.

biarlah orang kata : tak trendy
aku tetap aku : muslimah trendy tidak dihadapan manusia.

cuma aku mohon, doakan aku kekal bertahan, dan kekal akhlak semakin kehadapan.

sekian.